Solat Jumaat adalah suatu kewajipan yang ditetapkan agama. Ia bukan sahaja dilakukan oleh Rasulullah s.a.w bahkan ia juga telah disebut di dalam Al-Qur’an.
Jika seorang lelaki Islam tidak melakukannya, maka ia dianggap sebagai dosa besar. Malah, hukum menunaikan solat Jumaat lebih ditekankan dibandingkan dengan solat lima waktu oleh Rasulullah s.a.w yang telah bersabda bahawa mereka yang tidak melakukan solat Jumaat selama 3 kali berturut-turut bukanlah seorang Islam. Disini Rasulullah bermaksud untuk menerangkan betapa pentingnya solat Jumaat dan betapa besarnya dosanya jika tidak melakukannya. Lelaki Islam yang tidak dapat menunaikannya haruslah menggantikannya dengan solat Zuhur. Akan tetapi, ia hanya diterima jika ia kerana sebab-sebab berikut; jika terlalu sakit, jika terpaksa jaga orang yang sakit tenat, jika terdapat ribut taufan yang besar atau jika dalam keadaan bermusafir. Sembahyang Jumaat tidak sah dilakukan diluar waktu zuhur. Hukum mengerjakan sembahyang zuhur pada hari Jumaat adalah sah sekiranya terdapat halangan untuk mengerjakan sembahyang Jumaat.
Daripada Abu Mas’ud Al-Anshari katanya : Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
‘Perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari Jumaat, sebab sesungguhnya tidak ada orang yang berselawat atasku pada hari Jumaat kecuali diperlihatkan kepadaku.’
Daripada Abi Umamah katanya : Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda ‘Perbanyakkanlah selawat ke atasku pada setiap hari Jumaat kerana selawat umatku diperlihatkan kepadaku pada hari Jumaat. Maka sesiapa yang banyak
berselawat kepadaku dialah yang paling dekat kedudukannya dengan aku.’
Daripada Malik bin Dinar katanya :
Rasulullah Sallallahu‘alaihi wasallam bersabda :
‘Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku di antara kamu pada hari Qiamat di semua tempat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku selama di dunia. Maka
sesiapa yang berselawat kepadaku pada hari Jumaat dan pada malamnya, Allah akan menunaikan seratus keperluannya, tujuh puluh dari keperluan akhirat dan tiga puluh dari keperluan dunia. Kemudian Allah mewakilkan satu malaikat untuk memasukkannya ke dalam kuburku, sepertimana kamu menerima hadiah-hadiah. Malaikat itu. memberitahu kepadaku siapakah yang berselawat atasku dengan namanya dan menisbahkannya kepada kaumnya, kemudian dicatat di sisiku di suatu lembaran yang putih.’
Sampai di sini sahaja ,
Harap semua yang membaca
dapat ambil iktibar .
Assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment