Friday, 23 November 2012

Gonna Miss Her :<


Hmmmmm ._. Assalamualaikum , Morning peeps X.x
Cuba teka , selalu kita bangun pepagi , kitta on lappy ,
Skype kita akan on jugak , Then , sarah mesti wish Good morning to me :/
Tapi .... hari ini , dia tak on maybe esok sekali ,
Dia kerna pergi seminar ,
SAAAADLAAAIIIIIIIIFFFF :'( 
Gonna miss her :<
Kita orang selalu skype , gelak-gelak bagai ,
Hari ni n esok siapa nak teman kita wei ?
Only she can understand me ,
Yaaaaaaaaahhh :/
Moga dia baik-baik di sana ,
ya aku doakan .
See , dia takde pagi ni pun aku takleh nak membabun dengan sesiapa .
Hmmm , sokey , Be cool eh fana , Chill chill :>
Apa agenda korang Time cuti nii ?
Mesti best kan ? ^^
Okey , got to go ,
So , chao , Assalamualaikum guys . 

Thursday, 22 November 2012

Cari tajuk sendiri :>

Hai and Assalamualaikum wahai manusia ~ 
Fuih fuih *Tiup sawang kat blog* 
Loooooooooong time no posting-posting right ? 
Almaklumlah , kemalasan mahu tekan papan kekunci lappy ni . 
Lagipun hari tu busy benar dengan Final Exam nyaa ._. 
K , sebenarnya hari tu cikgu kata takda exam , last-last cikgu kata ada pulak . Memang taklah .. 
Budak-budak setingkatan semua memang gelabah gilosss , eh tipu je , ada yang COOL  . 
Bukan Cool lah , ada yang tak kisah .
Kisah tak kisah dua minggu Exam .
Tup tup dapat result .
Hmmmmmmmmmmmmm .
Jangan tanya lah result aku , Alhamdulillah , okey je -____-
Bila dapat result semua mata merah (-**-)
Mana sempat nak belajarnya , dengan PBS yang menimbun-nimbun bak Gunung Everest ,
Gunung Everest pun kalah kut . Masalah masalah .
Apapun , tahniah lah yang berjaya dalam Final Exam 2012 .
Yang kurang berjaya , Marilah kita berusaha tingkatkan kemajuan dalam Tahun 2013 ,
2013 , Coming soooooooooooon =.=
Aku akan rindukan kenangan-kenangan , manis , pahit , masam , tawar dalam tahun ni
*Menangis tepi rak buku*
Aku sentiasa doakan kejayaan kita bersama wei .
Aku nak mintak maaf if dalam tahun ni aku pernah buat salah kat u all,
alahhh gurau-gurau biasalah kan ,
Btw , Happpppppppy Holidaaaaaaaaaaaaaaaaaaay peoples :*
Have a good Holiday ~ Ngeh ngeh :D
Aku amat merindui kalian (-^^-)'


Yang amat mengasihi anda ,
Farhana Zawawi  <3


Sunday, 14 October 2012

:)

Assalamualaikum , Good Evening guys :)
Sebelum baca ada undang-undang key :) Senyum ^^

Dah senyum ? Good :> *Cubit pipi*
Actually , memang tidak idea pun nak update apa ni . Bagi korangkan CINTA tu macam mana eh ?
Bagi me , cinta tu ada baik dan buruknya , betul ?
CINTA ni kadang-kadang sebagai semangat kepada kita , lagi-lagi dia sangat-sangat menghargai cinta kita kan :)
Me tau , korang sangat-sangat mengharap korang dicintai oleh Crush masing-masing . 
Aku tak harap yang dia sayang me balik , tapi me harap dia dapat bersama dengan aku 
sampai nafas aku yang terakhir , 
Sebelum saya menghembuskan nafas terakhir , Saya akan pastikan awak akan tahu yang saya sangat sayangkan awak . I'm serious 
alolo . ayat poyosssss much :'p

Yes , CINTA tak boleh dipaksa . Kita berhak disayangi dan menyayangi sesiapa sahaja .
Kerana CINTA itu kurniaan Allah terhadap hamba-hambaNya .
Allah kita mempunyai sifat penyayang :) Kasih sayang terhadap makhluk ciptaanNya .
Jika Allah menyayangi kita Allah berikan kita ujian , Allah bagi kita dugaan .
Allah tidak akan beri dugaan yang hambaNya tidak mampu tanggung , atau hadapi .
Allah Maha Adil , Allah Maha Mengetahui <3 Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Sebab itu Jodoh ditangan Tuhan :)
Cinta seorang pelajar ada batasannya . Am I right ? Apa dia ? Cinta Monyet ? Haha , pun boleh :)

Aku sayang dia . Biarlah dia tak tahu pun yang aku sayang dia . Sebab apa ? 
Sebab aku lebih Happy if dia happy :D *Big Smile*

Apa yang penting dalam percintaan kita adalah keredhaanNya :)
Dalam Al-Quran ada tersebut Lelaki baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya .
Aku selalu terfikir , aku ni tergolong dalam orang yang baik-baik kah ?

Hanya Allah yang Tahu ,
Apa-apa pun , marilah kita berdoa agar kita dalam 
golongan yang soleh dan solehah , Amin , InsyaAllah :) 


Okey , got to go now . Assalamualaikum , Bye ;')
P/s : Dia dalam ayat di atas adalah ....sesiapa je lah ._. 

Saturday, 8 September 2012

Meredhakan apa yang telah ditetapkan :)

Assalamualaikum .
Hai :)
Redhakan ? Apa itu redha ?
REDHA  membawa maksud menrima sesuatu kenyataan dengan hati yang terbuka .
Ya , aku tengah belajar terima hakikat .
Untuk  pengetahuan awak , saya seronok tengok awak bahagia dengan orang yang awak sayang :)

Aku tahu ini satu ujian yang Allah beri kat aku .
Lagipun aku bukan orang baik-baik  , tak sesuai untuk orang yang sangat baik macam kau :)
Btw , aku akan menjadi kawan untuk kau , kalau ada masalah , jangan malu-malu cerita kat aku keyh :)

Aku bersyukur sangat-sangat , aku dah jadi lebih matang sekarang .
So , dear friends , please sokong aku bila aku buat benda baik .
Aku lemah kalau ada orang kutuk or down-down kan aku .
 Kau , aku akan sentiasa doakan kebahagiaan untuk kau beb :’)
Aku dapatkan rasakan dia boleh buat kau senyum dan Happy .
Aku tau aku tak diperlukan lagi dalam hidup kau .
Aku harap kau tak lupa aku sebagai kawan kau .
Kbye , Assalamualaikum :) 

Tuesday, 21 August 2012

Syawal Menjelang :)

Bismillahirrahmanirrahim ..
Assalamualaikum w.b.t :)
Hai dude :) Apa khabar ?

Syawal ke-tiga dah ni :) Apa cite korangnya raya ?
Rasanya tak terlambat Fana mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri .
Minta ampun dan maaf di atas kesilapan dan kesalahan yang
Fana pernah buat . 
Fana manusia biasa .
Sesungguhnya manusia itu tak pernah lari dari melakukan dosa .


Abang , me , Mak :) 
*Syawal hari pertama*

Tu dia , tu dia , inilah sedikit gambar yang boleh saya SHAREkan bersama :) 

Dalam merayakan aidilfitri ini , jangan dilupakan kepada Calon calon UPSR , 
weih hampa lepaih raya ni dah piksa ni , tak STUDY ka ? 
Jangan nak sibuk kutip duit raya jehhh -_- 

Key key . Duit raya banyak dapat ? Alhamdulillah .. 



Gamba diCapture oleh , Khair zawawi , my brother . 
My makndak kasi duit raya $.$
Hewhew , thanks makndak :* Muah sikit . 

Sempat jugalah kami sekeluarga ziarah kubur 
saudara-mara yang sudah tiada , meninggal dunia .
Mari kita sedekahkan Al - Fatihah pada saudara mara kita 
yang sudah meninggal ataupun masih hidup .
Al-Fatihah :|

Dalam Entry kali ini juga , Fana ingin memohon berjuta kemaafan 
kepada rakan rakan yang tinggal di asrama .
Salah silap harap diampunkan . 
Semoga lebih berjaya  :')


K , papai ,
Assalamualaikum :* 

Lots Of  Love : 
Budak kecil :* 

Sunday, 24 June 2012

Apam Gula Hangus :)

  Assalamualaikum , 
Hello Hello :) 
Heii , thanks datang jenguk untuk Post seterusnya ,
Ni post entry baru pun sebab Illya Gelabah nak baca entry baru :)
Ya lahh sayang oii --' 

Wehh , asal tajuk tuh ? 
Okehhh , hari ni izinkan saya mengeSHARE resepi bersama kalian kalian :p 

Sebenarnya fana memang suka masak masak ni :)
CHEF pun salah satu Cita-cita fana :)
Hahaha , senyap senyap cukup , nampak je luaran ganas , hobi , amik memasak . 

Oke oke dah , kang lagi banyak fana membebel ,
Bak kata Fadzery 'Farhana kau boleh senyap tak membebel aja 24 Jam'
Heyy my mouth ok ! 
     
*Terliuq TIME post entry nihh* 

Bahan Bahan Yang Diperlukan : 

2 Biji Telur 
1 Cawan Gula Pasir
1 Cawan Air 
1/2 Cawan Minyak Masak 
  2 Sudu Besar Marjerin 
  1 Sudu Susu Pekat
  1 Sudu Teh Soda Bikarbonat
♥  1 1/2 Cawan Tepung Gandum


Cara-Cara Membuat Kek : 

1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air kemudian disejukkan . 
2. Di dalam blender , masukkan telur , susu , minyak dan marjerin . 
    Kisarkan anggaran 3 minit.
3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama soda bikarbonat 
     dan dikisarkan lagi .   
4. Akhir sekali , masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati . 
   
J Kukus adunan tadi didalam loyang yang telah disapu dengan minyak 
     masak selama 45 minit . 
J Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik yaa , kawan kawan semua.
J Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak 
     mendap dan basah dibahagian bawahnya .   

    

Awak awak semua cubalah :) 
Dah jadi kek tuu , beri tahu fana ok :) 

Ok , rasanya takda apa yang nak beri tahu lagi , 
Assalamualaikum , bubye :) 



Lots Of Love 
Farhana :D Gadis Kecil ! 




  

Saturday, 16 June 2012

SENYUM :)

Assalamualaikum .
Selamat Sejahtera :)
Happy because U are here :)
Saya senyum macam budak kat ats tuuu , heee , kiut :*
Hehe , dah datang sini , Please SMILE for me Dear  . Aha ! Comel , hensem :)
Senyum tu sedekah . Tapi agak agaklahhhh nak senyum kat peti Derma surau tuu plak . GILA namanya :D 

SENYUM :)
Ya , saya tau HIDUP tak selalu INDAH , bukan ke Ujian Allah itu satu rezeki ? 
Ujian penghapus dosa tahu ?  So , Senyumlaahhh kerana kita diberi ujian .
Setiap perkara itu semua UJIAN :) 


Sedangkan Nabi Muhammad sentiasa senyum walaupun Baginda ditimpa musibah :)
Kan , kan ? 


Korang tau tak ?
Senyum tu boleh buat awet muda tau .
' Kalau marah pun kita kena senyum ' Bak kata guru besar sayalahhh . 

Pernah tengok orang senyum TIME menangis ?
Tak ? Okeyy , but saya suka orang SENYUM time nangis , nampak cute :)
Ehehe . 


Btw , kalau orang senyum kat kita ,
Tolong , tolong , senyum balik ! Kalau IKHLAS , InsyaAllah Pahala ganjarannya ! 


Senyum ataupun SMILE
*SpeakingLondon*
Boleh hilangkan STRESS , aiya tak caye sudah ..
Nanti TIME stress , cuba sengih-sengih kat cermin ,
Tenang hati :) 


FAKTA !
Para Saintis mendapati senyum dan gelak merupakan satu SENAMAN ! Berbentuk jogging , dapat merangsang whole of the body dan mampu memberi kelebihan kepada 
sistem saraf otak dan hormon-hormon :) 

Senyum di awal pagi dapat menceriakan hidup :)
Finally , I hope u guys always smile untill die :)
Walaupun in sad  , aiyoyo :')
*PEREMPUAN selalu COVER kesedihan bila dia sedih* 
AYAT TWITTER -.-
Betul kut , kehkeh . PEACE.


Harap korang senyum kat kita lepas baca post nihhh , Ohhhyeahhhh :)
Assalamualaikum . Papai :* 


BudakPendek:)

Saturday, 28 April 2012

Choral Speaking :)

Hello-2 , 
Assalamualaikum :)
Jyeahhhh , itulah pasukan Choral speaking SMK bkt sentosa 2 .
Hmm , hari Selasa minggu ni  , barapa hari bulan entah , lupa laa ..Kita orang pergi bertanding  .. 
Tapi yang pasti , tahun ni , tahun pertama SMK bkt sentosa 2 , menghantar wakil untuk Choral speaking , bangga weyhhh , Tepuk ar sikit :)


Tengok-2 gambar atas tuuhhh , cuba teka kita yangg mana , tak jumpa ? 
Kesiannnnn ..
Kita yang barisan tengah belah kiri sebelah Nabil :)



Ermm , tak usahlah tengok gambar tuu lama-2 , kangggg tembus pulakk xD
Kita jadi Konduktor :D
Aww, aww :3

Menang ke tak ?
Laa .. takkan la tak tahu ..
Mestila .. yaa .. lawannya  :')
Hakhaks .. Tak pe Choral Speaker semua , apa punn , kita dah lakukan yangg terbaik pada tahun ni ,
tahun depan  cuba lagi , yang pasti kita tak nak jadi konduktor dahh .. :3
Bapak la , time nak buat tuuu , ketaqq kaki ni .. Herrr ..

Okeyy , tak lupa , Cikgu J , Cikgu Hasyira , Cikgu Nurin , sebab latih kitaorangg , walaupun kitaorangg ni agak nakal , degil dan yang paling penting gedikzzz ..

Tahniah kepada sekolah yang berjaya !
Kepada semua ahli pasukan Choral Speaker , kentalkan jiwa anda , tahun depan kita TRY agi :)
Oke ?

Itu je kutt ,
Saya berdoa agar : Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa 2 , agar lebih maju dari masa ke semasa ..     
Ammin ! 

Assalamualaikum :)
Jumpa lagi :3

Saturday, 21 April 2012

Cinta Monyet :)

Assalamualaikum :)
Dah lama tak update blog yang sudah bersawang ni . 
      
Hahaha , mesti pelikkan , tajuk 'CINTA MONYET'  gambar budak kecik yang tengah bercium .
Abaikan :D           


Cinta Monyet ?
         Pernah lalui ? Mesti lah kan , orang yang tengah baca blog ni , comel-2 , ensem-2. 
Aww , aww !
Okeyyyhh , Cinta Monyet , semua mesti dah tau ,
Perasaan jatuh cinta , bukan jatuh tangga , sudah biasa dilalui oleh bukan setakat remaja , 
budak kecik yang pelat pun dah pandai 'sayang-sayang' . 

       Ada yang sampai nangis-nangis sebab putus 'cinta monyet' .
OMG ! Oh mari gelak :)

Cinta ,
       Memang sesuatu perasaan normal , siapa yang tak de
bukan manusia ar tuu ><

   Kesian . . 


   Disebabkan cinta monyet ni la  , eden sedih.
Ohh oke , malas nak pikir cinta yang tak pasti .
Bertepuk sebelah tangan , tak de bunyi .
Shhh , dah jangan kecoh-2 . 
Dengan siapa ? Tak perlu tau .

Cinta monyet ,
Mesti bangga monyet tu , sebab nama dia femes :p
     Tapi kekadang ,
Cinta ni boleh kasi semangat , waaa salute :)
Tak caya ?
Try , pepagi TIME nak bangun tidur mesti malas ,
Lepastu ingat si dia , terus lompat gi bilik air !
Aww , so sweet :')

Nak tau sebab apa cita monyet ? 
Cinta monyet hanyalah kiasan bagi remaja yang mula mengenal apa itu cinta .
Aceceh ,
kalau koranggg tengah cinta monyet sekarang ni , 
jangan lupa pelajaran lakk kan . .
'Untuk sukses dalam cinta , sukses dulu dalam pelajaran'
Okeyyy , sampai sekarang still kita pegang ayat ni :)

So ,
harap jangan sedeyy-2 ,
sebab pak we or mak we korangg , kayyy !
Bahagia selalu , PEACE !

Assalamualaikum :)
-Budak Single-  :*
  



Saturday, 18 February 2012

Hidup ini :)

     Ya , hidup umpama roda , yang berputar.
Kekadang kita berada di atas , kekadang di bawah.
Awak tidak pernah berada di bawah ?
Syukurlah.
     Saya sendiri pon pernah berada di bawah.
Tidak percaya ? Percayakan .Perjalanan hidup kita sudah tertulis setiap seorang oleh Sang Pencipta yang Maha Esa.

      Jika hidup mesti ada dugaan.Dugaan itu sebagai ujian.Dia mahu melihat kita sama ada kita ini sabar atau tidak.Dugaan Allah itu hebat sama macam NikmatNya.Hidup ini cuma pinjaman.

  Jika awak berada di atas itu dari usaha awak sendiri,Alhamdulillah! Itulah yang akan mendapat Redha Allah kelak.InsyaAllah .Saya doakan .Kalau kawan awak atau sesiapa pun lah kan , berikan sokongan dan semangat.Jangan direndah-rendahkan.


  Walau apa pun , Allah sentiasa bersama orang yang sabar dan anda kena ingat orang yang mendapat ujian itu merupakan tanda kasih sayang Dia kepada kita .Awak kalau nak tahu seseorang itu sayang kita atau tidak , mesti awak uji dia kan , sama lah macam Allah !


Ingat ..
Hidup cuma sekali .
Lakukan yang terbaik dalam hidup awak.
Assalamualaikum :)





Friday, 10 February 2012

Valetine Day's Haram :)

Add caption
   Valentine Day's atau dalam melayunya Hari Kekasih.Tarikh 14 Februari setiap tahun menjadi tarikh yang ditunggu-tunggu oleh pasangan bercinta sebagai hari untuk memperingati dan meluahkan cinta sejati kononnya kepada pasangan masing-masing. Amalan songsang seperti ini sudah menjadi taqwim tahunan remaja dan semestinya penganut agama Kristian. Lantas, remaja Islam di Malaysia diseru agar tidak terpengaruh dan meraikan sambutan Hari Kekasih (Valentine Day) yang disambut pada 14 Februari ini. Sudah jelas bahawa sambutan Hari Kekasih ini salah di sisi agama Islam dan bercanggah dengan aqidah Islam itu sendiri.
Perbuatan untuk meraikan sambutan Hari Kekasih amat bercanggah dengan syara’ kerana ianya mempunyai unsur kepercayaan agama kristian dan menjurus kepada kebobrokkan akhlak. Selain itu, sambutan yang tidak berfaedah ini dirai dengan penuh adegan maksiat seperti berdua-duaan, berpeleseran hatta membawa kepada perbuatan seks bebas. Hari yang dianggap “hari berbulan madu” bagi remaja sehingga mereka sanggup menggadaikan maruah demi membuktikan cinta mereka kepada kekasih masing-masing. Sesungguhnya budaya meniru budaya barat yang terpesong dan mencampurkan perkara aqidah mengikut kepercayaan agama lain adalah salah di sisi Islam.
Dalam erti lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agama Islam dengan akidah dan peribadatan agama lain.

  Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah Al-Kafirun ayat 1-6 )
Nabi SAW dengan tegas telah melarang kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam hadis yang bermaksud,“Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.”
Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah menyatakan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam”.
Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah menyatakan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam”.

Para mufti di Malaysia juga telah bersepakat untuk memutuskan bahawa amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam seperti yang dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 yang lalu.

Melalui sejarah Valentine, jelas ianya dapat disabitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan Valentine’s Day bermula dari kematian tragis seorang Paderi yang bernama St. Valentine yang dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang bernama Raja Claudius pada II (268-270M ).Bermula dari kisah ini mereka telah mengabdikan St. Valentine sebagai seorang tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup. Maka, 14 Februari dijadikan sebagai hari perlambangan dalam memperingati kematian St.Valentine dan dianggap sebagai upacara keagamaan masyarakat Kristian. Justeru, Islam menyeru seluruh umat Islam khususnya remaja-remaja Islam agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih dan menghindari perkara-perkara yang boleh membawa kepada sikap untuk meraikannya.

Berikut adalah sikap-sikap yang perlu dihindari oleh remaja Islam pada Hari Kekasih :
1- Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.
2- Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian.
3- Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.
4- Kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari tersebut disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai.
5- Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih (Valentine Day) sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.
Namun, segelintir pihak sanggup menaja majlis sambutan Hari Kekasih dan menjual barang-barang cenderahati untuk mempengaruhi remaja memperingati hari tersebut sehingga mengheret ke lembah makisat. Ironinya, remaja menganggap sambutan ini sebagai simbol kecintaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada pasangan. Islam melarang umatnya berlebih-lebihan dalam bercinta sehinggakan sanggup menyerahkan maruah kepada pasangan yang dicintainya.  Ianya juga menyumbang berlakunya perkara maksiat dan zina. Firman-Nya:“ Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kepada kerosakan.” 9Surah Al-Isra’ ;32)
Islam memberi garis panduan yang jelas dan membenarkan hubungan kasih sayang sesama manusia dalam kerangka syariat. Hubungan kasih sayang kepada ibu bapa, sahabat dan sesama masyarakat boleh dilakukan setiap hari dan tujuh golongan manusia yang akan mendapat lindungan `Arasy ialah salah satunya mereka yang berkasih sayang ( bertemu dan berpisah ) kerana Allah SWT.

Firman Allah SWT : 'Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.' Surah al-Ghaafir: 39

                                                 Wasalam .

Thursday, 9 February 2012

Jumaat :)

    Oke,hari ni kita cakap pasal Jumaat .Jumaat penghulu segala hari .Bersyukur kerana masih bernafas .So, kepada kaum adam solat Jumaat !


  Solat Jumaat adalah suatu kewajipan yang ditetapkan agama. Ia bukan sahaja dilakukan oleh Rasulullah s.a.w bahkan ia juga telah disebut di dalam Al-Qur’an.

   Jika seorang lelaki Islam tidak melakukannya, maka ia dianggap sebagai dosa besar. Malah, hukum menunaikan solat Jumaat lebih ditekankan dibandingkan dengan solat lima waktu oleh Rasulullah s.a.w yang telah bersabda bahawa mereka yang tidak melakukan solat Jumaat selama 3 kali berturut-turut bukanlah seorang Islam. Disini Rasulullah bermaksud untuk menerangkan betapa pentingnya solat Jumaat dan betapa besarnya dosanya jika tidak melakukannya. Lelaki Islam yang tidak dapat menunaikannya haruslah menggantikannya dengan solat Zuhur. Akan tetapi, ia hanya diterima jika ia kerana sebab-sebab berikut; jika terlalu sakit, jika terpaksa jaga orang yang sakit tenat, jika terdapat ribut taufan yang besar atau jika dalam keadaan bermusafir. Sembahyang Jumaat tidak sah dilakukan diluar waktu zuhur. Hukum mengerjakan sembahyang zuhur pada hari Jumaat adalah sah sekiranya terdapat halangan untuk mengerjakan sembahyang Jumaat.

Daripada Abu Mas’ud Al-Anshari katanya : Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

‘Perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari Jumaat, sebab sesungguhnya tidak ada orang yang berselawat atasku pada hari Jumaat kecuali diperlihatkan kepadaku.’

Daripada Abi Umamah katanya : Rasulullah Sallallahu ‘alaihi 
wasallam bersabda ‘Perbanyakkanlah selawat ke atasku pada setiap hari Jumaat kerana selawat umatku diperlihatkan kepadaku pada hari Jumaat. Maka sesiapa yang banyak
berselawat kepadaku dialah yang paling dekat kedudukannya dengan aku.’


Daripada Malik bin Dinar katanya :

 Rasulullah Sallallahu‘alaihi wasallam bersabda :


‘Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku di antara kamu pada hari Qiamat di semua tempat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku selama di dunia. Maka
sesiapa yang berselawat kepadaku pada hari Jumaat dan pada malamnya, Allah akan menunaikan seratus keperluannya, tujuh puluh dari keperluan akhirat dan tiga puluh dari keperluan dunia. Kemudian Allah mewakilkan satu malaikat untuk memasukkannya ke dalam kuburku, sepertimana kamu menerima hadiah-hadiah. Malaikat itu. memberitahu kepadaku siapakah yang berselawat atasku dengan namanya dan menisbahkannya kepada kaumnya, kemudian dicatat di sisiku di suatu lembaran yang putih.’





                                                 Sampai di sini sahaja ,
                                                 
Harap semua yang membaca 

                                                   dapat ambil iktibar .
                                                  Assalamualaikum :)